Cara-cara Menutup Suara Smartphone Android Anda Ketika Waktu Solat

Seringkali terjadi apabila anda sedang solat berjemaah, tiba-tiba terdengar suara deringan telefon bimbit yang datang daripada jemaah yang lupa menutup suara telefon bimbit. Ini akan mengganggu solat bagi jemaah-jemaah lain. Di bawah ini dikongsikan cara untuk menutup suara smartphone android secara automatik ketika tibanya waktu solat. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka App Drawer anda. Biasanya dengan pergi ke Home screen dan swipe ke atas, bergantung kepada jenis smartphone anda. Pilih Settings.

Sistem Jualan Pro 4.0
Jadikan tahun 2019 tahun bisnes anda! Mulakan bisnes anda tanpa produk dengan SJP4.0.
http://bit.do/sistem-jualanpro

2. Pilih menu Sound.

3. Pilih menu Do not disturb preferences.

4. Tekan butang Add more.

5. Pilih Time rule.

6. Letakkan nama yang sesuai. Contoh: Subuh.

7. Pilih semua hari dalam seminggu.

Download Ebook Percuma
Ketahui bagaimana lelaki ini jana RM121,175.00 dengan bisnes affiliate!
http://bit.do/muatturunebook

8. Tetapkan waktu yang sesuai untuk Start time dan End time. Contoh: Untuk Subuh – ( 6.00am hingga 6.45am ).

9. Untuk Do not disturb preferences, pilih Total silence.

10. Pastikan tetapan rule pada keadaan On.

11. Ulangi langkah-langkah 4 hingga 10 untuk waktu-waktu solat lain.

12. Cadangan tetapan masa untuk waktu-waktu solat lain. Anda boleh mengubahnya mengikut waktu solat di tempat anda.

Waktu Start time End time
Subuh 6.00am 6.45am
Zohor 1.00pm 2.00pm
Asar 4.15pm 5.00pm
Maghrib 7.15pm 7.45pm
Isya’ 8.15pm 9.15pm
Jumaat 1.00pm 2.30pm

13. Contoh 5 Rule yang telah siap dibuat.

14. Sekarang anda tidak perlu bimbang smartphone anda akan berbunyi ketika sedang solat dan mengganggu solat jemaah lain.

Anda boleh muatturun artikel ini dalam bentuk pdf di sini:

Laporan Percuma Bisnes Ebay
Ketahui bagaimana seller ini jana RM267,929.81 dengan bisnes di Ebay!
http://bit.do/BisnesEbay